Sunday, March 18, 2012

Story Campus

Giliran UUM  Tuan Rumah FFVPM KE- 8

Oleh Rosmizan Resdi

5 Mac 2011- Universiti Utara Malaysia (UUM)  telah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada Festival Filem Video Pelajar Ke-8 kali ini yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 3 hingga 5 Mac selepas Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) tahun lalu.

Acara yang berlangsung pada hari pertama diisi dengan seminar yang membabitkan pelajar bidang media dan perfileman dan mereka mengetengahkan kertas kerja sebagai bahan pembentangan serta tayangan filem terpilih turut diadakan pada malamnya.
Acara pada hari kedua diisi dengan preview hasil karya pelajar yang bertanding dan forum mengenai filem Malaysia pada sebelah malamnya.

Manakala pada hari ketiga diisi dengan konvensyen seniman yang dipengerusikan oleh speaker dari Indonesia yang turut menampilkan penggiat seni terkenal tanah air dan pada malam itu merupakan  Malam Anugerah bagi FFVPM ke-8 dimana majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Tetamu Kehormat yang hadir pada Malam Anugerah FFVPM8 ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz mewakili Menteri KPKK. Hadir sama, Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohammed Mustafa Ishak,  Timbalan Ketua Pengarah FINAS (Pembangunan) Hajah Fatimah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid, Timbalan Pengerusi FINAS, Ahmad Puad Onah, Tan Sri Jins Shamsudin dan warga industri kreatif.

 Hampir 3,000 pelajar dan orang ramai memenuhi Dewan Mu’adzam Shah., turut memeriahkan FFVPM ke-8 ialah kehadiran artis terkenal seperti Shahir AF8, Ady Putra, Shaanaz, Julia Zigler, Ikram Dinzly dan Artis-artis ‘Ratu The Movie’.

Festival filem ini diadakan bagi mengiktiraf hasil karya seni filem pelajar yang kreatif selaras dengan tema ‘Cendekia Filem ke Persada Dunia’. Sebanyak 30 institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menyertai festival ini yang menyaksikan 166 karya filem dan video dipertandingkan bagi merebut 15 anugerah, termasuk enam kategori utama.

‘Getir’ karya Asmar Hassan,54, dari pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dinobatkan sebagai Filem/ Video Terbaik Keseluruhan di Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-8 (FFPVM8).

Pada FFVPM ke-8 kali ini, Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) telah merangkul empat anugerah iaitu kategori Pengarah Terbaik dan Penataan Seni Terbaik bagi Rona Maya, Kostum Terbaik (Jika Aku Seorang Robot), Filem/Video Dokumentari (Melatah The Documentary) .

Manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) pula membawa pulang trofi Filem/Video Pengumuman Khidmat Awam Terbaik (Plan Your Love) dan Anugerah Khas Juri (Harmony Street) pada festival berkenaan.

Universiti Utara Malaysia (UUM) selaku tuan rumah berjaya memenangi trofi Filem Video Animasi Terbaik bagi Mimo Mami : The Stupid Chase dan  Universiti Aimst pula memperoleh dua anugerah iaitu Grafik Terbaik dan Filem/Video Klip Terbaik bagi I Want To Be A Dentist.



No comments:

Post a Comment