Sunday, March 18, 2012

Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-8 (FFVPM8)

Habuan FFVPM8 gagal dorong pelajar berkarya

Oleh Rosmizan Mohd Resdi

SINTOK-  Ganjaran Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-8 (FFVPM8) masih gagal membantu pelajar untuk terus berkarya.

Pengarah drama tersohor, Mat London berkata ganjaran diberikan kepada pelajar haruslah mendorong mereka terus berkarya menghasilkan filem pendek, dokumentari dan sebagainya.

"Ganjaran berupa geran seharusnya diberi kepada pelajar bagi membantu mereka menjadi pelapis kepada penggiat seni sedia ada sekarang" katanya.

Sementara itu, pensyarah Teknologi Media , Afeez Nawfal tidak bersetuju dengan ganjaran wang tunai kepada pengkarya baru kerana dibimbangi wang tersebut disalahgunakan.

“ Ganjaran wang tunai akan mewujudkan budaya membuat Festival filem hanya untuk mengejar duit semata-mata bukan untuk memikirkan kualiti serta  tidak memikirkan mengenai pembangunan perfileman, ” ujarnya.

Hampir 3,000 peserta telah memenuhi Dewan Mu’adzam Shah bagi memeriahkan majlis FFVPM8 yang berlangsung di kampus Universiti Utara Malaysia, Sintok di sini.

Majlis yang berlangsung  dengan penuh berprestij ini, turut menyaksikan semua karya pelajar diketengahkan  dan bakat serta usaha mereka diiktirafkan apabila masing-masing berjaya menggondol beberapa anugerah dalam setiap kategori.


No comments:

Post a Comment